Friday, December 2, 2011

Tuesday blues

Bertemu kita di lembaran blogku yang amat jarang diupdate..huhu..well,selalunya Monday blues yg akan terjadi tapi untuk minggu ini, disebabkan dapat cuti extra untuk Awal Muharam yang jatuh pada hari ahad 27hb Nov 2011, maka hari selasa baru mula bertugas..neway aku sebenarnya masih bersedih di atas pemergian nendaku pada selasa yg lalu, 22hb nov 2011..aku masih terkilan sampai ke hari ini kerana aku tak berpeluang untuk menziarah & melaksanakan perkara2 fardhu kifayah ke atas jenazahnya..hanya Yassin & Al-Fatihah yg dapat aku titipkan buatnya..aku masih ingat lagi semasa bulan puasa yg lepas, arwah ada melontarkan persoalan kepada aku;"ina, hang dah tak mau keja di KL ka?".aku menjawab,"bukan tak mau tok,tapi Allah dah tetapkan yg rezeki ina di Sarawak..kalau nak minta tukar pun, tahun depan baru boleh.."..nampaknya arwah telah dapat merasakan ajalnya yg makin menghampirinya pada masa tu..by the way, semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hambaNya yg beriman dan bertakwa..insyaAllah..Al-Fatihah...

Friday, August 12, 2011

A new PROTON just in time for the upcoming holiday.

says.my
In celebration and tradition of giving during Raya, Proton is giving everyone a great deal when purchasing a Proton. You'll get FREE service vouchers, great Raya gifts and a 5-year warranty. Register today and get a brand new car in time for your balk kampung trip. Terms apply.

Thursday, January 21, 2010

RAHSIA WANITA


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar mencari sesuatu yang dibenci tentang orang yang paling disayangi (kerana itu ramai wanita yang patah hati pabila hubungan terputus di tengah jalan).

4. Sekiranya seseorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat di tengah terik mentari!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macammana menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu sepenuh hati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai kawan, cubalah menegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubungi melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletak, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

16. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

17. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

18. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

19. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

20. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

21. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

22. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

23. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

24. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

25. Senjata wanita adalah airmata!!!

26. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

27. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

28. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.....